Tuesday, May 29, 2007

Sungguh Menyelerakan!




kerang rebus


masak lemak siput sedut


pedas dan manis udang sambal petai

aneka resipi tradisi


ayam masak merah yang sungguh menyelerakan

Warisan Resipi Tradisi


JUSTIFIKASI
Restoran Ole Rasa telah beroperasi sejak tahun 1997. Dengan hanya mempunyai sebuah cawangan, Restoran Ole Rasa berjaya meletakkan namanya sebaris dengan restoran-restoran lain yang terkemuka di negeri Melaka. Terletak di pusat bandar Melaka Bandaraya Bersejarah Restoran Ole Rasa sering menjadi tumpuan umum dalam destinasi makan-makan di negeri Melaka.

Pengalaman hampir 10 tahun dalam industri makanan Melayu telah mematangkan sistem pengurusan Restoran Ole Rasa hingga telah dicalonkan untuk kategori Sub-Sektor Pelancongan Makan-makan Restoran Melayu Terbaik

Negeri Melaka. Pencalonan ini adalah satu pengiktirafan yang tertinggi yang pernah dicapai oleh Restoran Ole Rasa.



Restoran Ole Rasa dibuka pada setiap
Isnin hingga Sabtu
dari
jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

SFESIFIKASI
Sememangnya makanan Melayu mempunyai potensi yang tinggi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa, keaslian resipi tradisi yang di warisi selama beberapa generasi telah melahirkan suatu citarasa yang begitu spektakel.

Teknik, Warna, Rasa, Bau dan Hiasan adalah elemen yang paling penting dalam menentukan nilai kualiti sesuatu makanan dan dengan berbekalkan kesemua elemen ini serta ditambahkan lagi dengan warisan resipi turun temurun telah melahirkan Restoran Ole Rasa. Dengan mengetengahkan lebih dari 100 jenis masakan makanan Melayu termasyur yang pelbagai dari serata negeri di Malaysia telah menjadikan Restoran Ole Rasa antara pelopor makanan Melayu di Negeri Melaka.

Bukan hanya tertumpu kepada masakan lauk-pauk Melayu malahan Restoran Ole Rasa turut menyajikan pelbagai jenis kuih-muih Melayu tradisi dengan keaslian citarasanya yang terjamin, turut dihidangkan juga puluhan jenis pencuci mulut yang semestinya menjanjikan kepuasan dan kenikmatan optima kepada para pelanggan.

Restoran Ole Rasa turut menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai acara, majlis dan perayaan seperti jamuan korporat, jamuan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Sambutan Deepavali, majlis pertunangan dan perkahwinan.

Terdapat beberapa pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan ditawarkan kepada para pelanggan yang menginginkan keselesaan dan kemudahan dalam sesebuah acara, majlis atau pun perayaan. Tawaran yang hebat dan menarik ini bakal menyediakan pelbagai hidangan mengikut citarasa pelanggan, antaranya menu barat, timur tengah, masakan cina, india dan masakan Melayu khususnya. Restoran Ole Rasa juga memberikan sesi percubaan merasa makanan (food testing) untuk beberapa kumpulan kecil kepada bakal pelanggannya.

Keupayaan dan kebolehan Restoran Ole Rasa dalam menyediakan perkhidmatan katering adalah berdasarkan profesionalisme dan etika kerja yang teratur di bawah sistem pengurusan yang sistematik. Kepuasan dan kepercayaan pelanggan adalah objektif utama yang lahir dalam organisasi Restoran Ole Rasa.


SAJIAN MELAYU
Asam Pedas Ayam/Daging/Ikan
Rendang Ayam/Daging
Kari Ayam/Daging/Ikan
Masak Lemak Ketam/ Siput Sedut/ Pucuk Ubi/Paku Pakis/Nangka
Masak Lemak Cili Padi Ayam/Daging/Ikan
Masak Pindang
Ayam/ Daging Masak Merah
Ayam/ Daging/Ikan Masak Tiga Rasa
Udang Sambal Petai
Sambal Goreng Ikan Bilis/Tempe/Kerang
Kerabu Mangga/Udang/Sotong
Ikan Bakar
Pais Ikan
Kuah Kacang
Sup Ayam/Daging/Ikan
Pelbagai Jenis Ikan Goreng
Telur Masin/Dadar/Mata Kerbau
Pelbagai Jenis Ulam-ulaman
Paceri Nenas/Mangga/Terung
Acar Buah
Kerang Rebus
Sambal Belacan
Cencaluk
Tempoyak
Ikan Masin
Hati/Mempedal Ayam/Daging/Goreng/Sambal
Nasi Lemak
Lontong
Laksa
Nasi /Mee/Bihun Goreng
Nasi Ayam
Roti Canai/ Murtabak/Telur
Bubur Nasi
Mee Kari/Rebus
Mee/Bihun Sup
Mee/Bihun Soto
Rori Jala
Bubur Kacang Hijau/Pulut Hitam/Cha-cha/Trigu/Barli/Som-som
Tapai Pulut
Cendol Pulut
Pengat Pisang/Durian
Pelbagai Jenis Kuih-muih


PAKEJ KATERING MENU BARAT/ TIMUR TENGAH/ MASAKAN CINA DAN INDIA BERGANTUNG KEPADA PERMINTAAN PELANGGAN, BERIKUT ANTARA MENU POPULAR:

Nasi Minyak/ Briyani
Ayam/ Daging Masak Kurma
Ayam Tandori
Dalca Ayam/Daging
Kebab Ayam/Daging
Papadom
Laddu
Acar Buah/Timun
Pelbagai Jenis Sayuran Dengan Biji Sawi
Ikan Masak Stim
Ikan Masak Shezchuan
Ayam Goreng Kong Pow
Ayam/ Daging Black Pepper
Baby Cabbage With Oyster Sauce
Mix Vegetables
Salad Sayur dan Buah
Ikan Masam Manis
Tauhu With Sesame Oil
Yong Tau Foo
Tauchu Masak Udang
Tauhu With Soo Hoon, Ginger & Shrimp Paste
Asparagus With Oyster Sauce
Spaghetti With Meat Ball
Fried Macaroni With Chicken or Meat
French Fries
Sausage & Nuggets
Beef Steak
Chicken Chop
Lamb Steak

KATERING TERDAHULU

Jamuan Korporat Mahkota Medical Centre Melaka
Jamuan Korporat OCBC, Jalan Hang Jebat Melaka
Jamuan Korporat Maybank, Melaka Raya Branch
Jamuan Korporat Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
Jamuan Korporat Hospital Ampang Puteri Kuala Lumpur
Jamuan Korporat Syarikat Petronas, Cawangan Jalan Semabok Melaka
Jamuan Korporat Abdul Company, Jonker Street Melaka
Grand Asian Chess Chalangge University of Malaya Kuala Lumpur
Japanese Occupation In East Asia Workshop University of Malaya Kuala Lumpur
Jamuan Hari Raya YB. Datuk Seri Affendy Norwawi
Jamuan Hari Raya YTM Tengku Maimunah Aminah Sultan Ahmad Shah
Jamuan Akhir Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong Melaka
Jamuan-jamuan Perkahwinan

HUBUNGI KAMI

Restoran Ole Rasa amat mengalu-alukan kedatangan anda dengan tangan yang terbuka. Kepuasan anda adalah komitmen kami.

No. 264, Jalan Melaka Raya 3,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka.
016-6298340 (En. Ismail Hj. T. Abu Bakar)
013-3057853 (En. Sulaiman Hj. T. Abu Bakar)
Email:
olerasa@yahoo.com